Tuesday, August 29, 2017

PELAN B UNTUK OPERASI MASYAIR HAJI

Petugas Lembaga Tabung Haji (TH) perlu bersedia dengan pelan kontingensi semasa operasi masyair, terutama ​​​​sekiranya berdepan permasalahan di luar kawalan agensi berkenaan.

Operasi masyair melibatkan urusan menyelia jemaah haji melakukan wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata walaupun pelbagai persiapan sudah dibuat menjelang operasi itu, mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, sahaja.

Beliau berkata setiap petugas perlu sentiasa peka terhadap sesuatu permasalahan yang berbangkit secara tiba-tiba, ​​​​​dan bertindak segera bagi menyelesaikannya.

“Saya minta dalam masyair tidak beberapa hari lagi, kita ada pelan B. Ia boleh dalam pelbagai cara. Kita memang mempunyai buku (SOP), tetapi apabila berdepan dengan situasi di luar kawalan kita, ia tidak dapat selesaikannya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam amanat ringkas kepada petugas TH di Ibu Pejabat Tabung Haji di Hotel Al-Janadriyah di sini, Ahad.

Turut hadir, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan hari wukuf pada 9 Zulhijjah bersamaan 31 Ogos.

Johan berkata kerjasama daripada semua petugas juga adalah perlu bagi memastikan sesuatu permasalahan atau cabaran itu dapat diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata berikutan pertambahan kuota jemaah haji dari seluruh dunia termasuk Malaysia pada tahun ini, pihaknya menjangkakan bakal berdepan cabaran lebih besar semasa operasi masyair, berbanding musim haji lepas.

“Penting, kita fokus kepada operasi masyair yang dijangka lebih mencabar. Walaupun kita membuat banyak penambahbaikan, jemaah haji kali ini berlainan, dan jangkaan mereka juga berbeza walaupun sudah banyak kali kita memberi penjelasan terhadap sesuatu perkara itu.

“Bagaimanapun, sebagai ketua pegawai eksekutif Tabung Haji, saya mengambil tanggungjawab bagi menyelesaikan segala permasalahan,” katanya.

Beliau juga menggesa petugas TH supaya sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab masing-masing sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika operasi masyair, namun pada masa yang sama berharap agar proses itu berjalan lancar. – Bernama - dipetik dari laman ismaweb.net

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA