Thursday, November 24, 2016

DAPAT TAWARAN PERGI HAJI TAPI DUIT TAK CUKUP

Tahniah kepada ikhwan yang dah dapat surat jemputan haji untuk tahun hijrah 1438.

Hari ini Kak Hajjah seperti biasa pergi bukak booth di suatu tempat yang berdekatan dengan kawasan Kak Hajjah tinggal. This is 2nd time hadir ke situ.

Ada dua orang lagi penjaja macam Kak Hajjah buka meja kat situ seorang bawa roti yang seorang lagi berniaga kain tudung. Jemaah pun tak ramai ada 40 orang jer lebih kurang. Zaman gawat nie sales kurang ler mengancam boleh lah dapat duit minyak dan duit lunch. Syukur alhamdulillah.

Sebelum balik adik jual tudung sempat meluahkan perasaannya dengan Kak Hajjah, minta kita doakan dia supaya di beri jalan untuk menunaikan haji next year.  Beliau dah dapat tawaran haji tetapi serba salah sebab keadaan kewangan yang agak ketat. Bisnes asalnya adalah printing sebab merudum sangat dia mula beralih kepada pakaian. 

Sekarang adik jual tudung ni agak buntu, beliau dah mendaftar lama dah untuk pergi haji apabila jemputan sampai duit masih diawang-awangan. Pada 1hb December sesiapa yang menerima tawaran kena cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM11,000 tu.

Kak Hajjah, boleh rasa kesedihannya apa yang saya bagitau dia tadi jawab surat tawaran tu dan buat solat hajat dan istikharah, sekiranya kewangan belum cukup itu bukanlah lagi kewajipan kepadanya. Berdoa moga Allah swt bagi dia jalan untuk mencukupkan perbelanjaannya untuk pergi Haji nanti.

Wednesday, November 23, 2016

POSTO KASUT TAWAF

Hari ini nak posto kasut tawaf mana yang setia menanti tu terimakasih ya banyak-banyak. Stok makin menyusut nie kalau berminat sila confirm payment. Reserve 1 day sahaja, sebab stok terhad nie.

Hanya tinggal 3 warna sahaja dalam stok coklat, kelabu silver dan maroon. Jangan bimbang warna yang tinggal nie tetap comel belako.

Untuk makluman kasut tawaf velvet hanya sampai kaki saiz 7 sahaja maksimum. Hajah-hajah yang saiz kaki plus size boleh tengok stok polyester ya,

KLIK di sini ya kasut tawaf umrah dan haji page.






Monday, November 21, 2016

BERITA BAIK KASUT TAWAF CORAK VELVET IS BACK

Sejak seminggu ni ramai kengkawan Kak Hajjah di dunia maya request untuk kasut tawaf, tak sangka pulak ter"hot" pulak kasut tawaf velvet minggu ini.  Agak kecewa sebab berlaku kelewatan penerimaan stok. Ramai yang tak dapat.

Alhamdulillah stok kasut tawaf corak dah sampai boleh pm kami laju-laju takut nanti kasut tawaf sold out.  Minggu depan dah nak cuti sekolah, umrah cuti sekolah dah mula.  Ramai yang nak menunaikan umrah bersama keluarga tercinta.

Selain kasut tawaf velvet, kami ada kasut tawaf polyester had tumit dan had buku lali. 
Kalau masih ada yang belum mencuba semua kasut tawaf kami anti slip, InsyaAllah membantu mengelakkan tergelincir.

Kasut tawaf velvet size hanya sehingga kaki saiz 7, mana yang sedikit panjang atau gebu tapak kakinya boleh cuba kasut tawaf polyester sebab boleh kembang hingga saiz 9 - 10.



Bahan kasut tawaf corak ini menggunakan bahan kain baldu di sebelah luar dan berspan di sebelah dalam memberi keselesaan kepada pemakainya.

Untuk belian/pesanan boleh klik kat link ini Kasut Tawaf dan Saie Umrah Haji

Friday, November 18, 2016

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR AKAUN HAJI


Adakah anda sudah mendaftar akaun haji?  Kak Hajjah brought out issue ni sebab rasanya masih ramai-ramai yang keliru. Beberapa kali juga kak hajjah sembang dengan kawan-kawan atau kenalan bila diajukan soalan dah buka akaun ke belum? Ramai yang konpius.

Masing-masing ingat bila dah ada tabungan dengan tabung haji maka mereka telah mendaftar haji.

Jawapannya tidak ya sayang? Tabungan tu semata saving anda sahaja, untuk mendaftar sebagai bakal haji anda perlu mendaftar haji.

Bagaimana caranya?

Anda perlu sediakan RM1,300.00 atau boleh gunakan wang tabungan Tabung Haji itu untuk mendaftar. Pada tahun 2007 rasanya Kak Hajjah cuma bayar mendaftar akaun haji dengan hanya RM90.00 sahaja.
Akaun cuma ada RM5,000 jer masa tu. Setia bersama tabung haji Alhamdulillah cukup juga tabungan tu.

Sekarang lebih mudah lagi, sekiranya akaun dua anda di EPF ada RM1,300 anda boleh membuka akaun haji anda dengan syarat umur anda di bawah 55 tahun.

SALURAN PENDAFTARAN HAJI
1. Semua Kaunter TH
2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
3. Mesin ATM Maybank/Bank Islam
4. Laman Web: e-thijari dan maybank2u.Com


Bertindak segera berpuluh ribu yang dalam waiting list. Tak kiralah berapa angka giliran anda yang penting sudah ada ikhtiar.

Sumber : Portal Tabung Haji


Thursday, November 17, 2016

SAYA MINTA MAAF SEMUA - POSTO POSTO

Assalamualaikum kembali bersiaran dari bumi Kuala Lumpur.

Kak Hajah baru jer sampai ker Istana Merak Kayangan nie petang tadi. 3 hari Kak Hajah balik kampung jengok orang tua yang tak berapa sihat. Memandangkan Kak Hajah dah freelancer so tak der masalah nak balik week day.

Kak Hajah minta maaf kat sumer customer hakak. Kak Hajah kena menangguhkan semua urusan posto posto. Mana ada yang dah cukup tu esok Kak Hajah akan terus posto posto. Mana yang terkurang tu Kak Hajah selesaikan petang esok or hari Munday nanti ya.

Alhamdulilah sumer customer Kak Hajah tersangatlah sporting dan memahami situasi hakak sekarang ini. InsyaAllah posto posto akan mula bergerak esok pagi dan petang. Mana yang dapat posto pagi most probably hari Isnin dapat, mana yang posto petang maybe dapat hari selasa ya.

Untuk makluman semua kasut tawaf yang korang suka sangat tu Si Baldu kosong dah abis stok ya. Si Baldu corak masih ada, so mana yang dah order tu Kak Hajah tukar ker Baldu corak dan akan absorb the difference tu. Don't worry kak Hajah sayang anda semua jangan susah hati no.

TEMPORARY OUT OF STOCK YA

DESIGN YANG LAIN MASIH AVAILABLE



Thursday, November 10, 2016

SURAT TAWARAN HAJI 1438 HIJRI SUDAH MULA DIEDARKAN

Kak Hajjah baru terima whatsapp dari group family bagitau yang kakak kedua dah dapat surat tawaran haji, Syukur alhamdulillah beliau menerima surat tawarannya hari ini.

Kepada tuan dan puan yang sepatutnya giliran pada tahun hadapan sila rujuk ke Pejabat Tabung Haji yang berhampiran.  Lebih baik hadirkan diri anda disana dan update segala maklumat peribadi supaya surat tawaran anda nanti dapat dihantar ke alamat yang betul. Benda ni nampak simple tapi impaknya besar, terlepas kak nanti tak tahu bila tahun dapat balik peluang tu.

Lagi satu dah dapat surat tawaran tu jangan lupa reply tau, kalau duit tak berapa cukup jawab jer dulu nanti usahakanlah untuk mencukupkan. Pernah seorang sahabat akak ni maknya nak pergi haji tapi tak der duit nak sediakan RM10,000 tu bukan senang bagi orang kampung. Tetapi sahabat akak ni memang anak yang berbakti dengan orang tua beliau usahakan jugak mencukupkan duit 10K tu. Macam tulah yang dikatakan tak pergi haji dah dapat pahala haji.

Kepada sahabat yang nak merayu jangan lupa cepat-cepat hantar surat rayuan kat Tabung Haji tak kiralah tebal muka tiap tahun panjat Pejabat Tabung Haji. Teruskan usaha sampai berjaya kalau ajal kita sampai awal kita dah usaha cuma rezekinya tiada.

Allah swt sahaja yang tau betapa berbunganya hati setiap bakal-bakal haji tu. Jangan lupa kursus haji start bulan December nie belajar betul-betul jangan suka ponteng pergi kenduri kahwin bila tiba hujung minggu.

Kalaulah kakak hajjah boleh ikut kakak pergi nie tak kiralah kena bayor RM18K pun kak hajjah rela. Sabar jerlah tunggu lah lagi 4 tahun nak register balik jika adalagi hayat dikandung badan.

#UMRAH MUSIM SEJUK DAH MULA jangan lupa check entry persiapan umrah musim sejuk ya.

DAPAT SURAT TU TAWARAN LEBIH SERONOK DARI DAPAT CABUTAN BERTUAH GRAND PRIZE



Wednesday, November 9, 2016

EXPEDISI PEPAGI RABU

Hari ini tak payah tulis banyak sebab pagi-pagi sangat lagi jom sidai kain dan breakfast secawa kopi dan roti frozen.

Akak siap-siap cepat nie ada kawan nak gi umrah kena post kasut tawaf dia pepagi ini.
Janganlah pos laju jadi pos lambat pulak ya..




Tuesday, November 8, 2016

CANTIKNYA KASUT TAWAF NIE

Tu lah komen dari customer masa gi bersiaran pagi tadi.

Baru 1st day akak bawa kasut tawaf nie keluar rumah, dah ramai yang terpikat. Kebetulan masa kuliah hari ini ada jemaah kita yang nak gi umrah. So kita dah mudahkan dia orang, tak perlu keluar mencari kita bawakan kasut tawaf untuk dia orang.

Latest kasut tawaf collection nie dari jenis wool aka velvet juga, tapi tiada bercorak atau bunga-bunga plain tapi masih maintain comel jugak.

Kasut tawaf nie free size, kaki saiz besar pun boleh pakai sebab ianya memeri. 

Kasut tawaf ini disukai ramai sedap sangat bila dibawa berjalan jauh sebab dibahagian dalamnya ada spandex so orang gemuk atau orang yang sakit tumit sangat selesa memakainya. Bahagian bawah pula ada lapik anti slip maklumlah kat kawasan tawaf tu mozeknya licin kena berhati-hati. Jadi kasut tawaf tapak anti slip ini memberi lebih cengkaman..macam iklan tayarlah pulak kan.

Akak hajjah tak der nak share testimoni kasut tawaf ini  tetapi memang dah terbukti keunggulannya. Testimoni nie kadang-kadang customer malu letak gambar dia orang kat online. Sebab seantero dunia boleh tengok nanti.

Kita juga ada kasut tawaf jenis polyester dan velvet. Ada kasut tawaf yang sampai buku lali dan ada yang had tumit ikut yang mana tuan dan puan berkenan.
RM15.00 SEPASANG

WARNA AVAILABLE
BIRU, KELABU, HITAM, COKLAT

POST SEMENANJUNG - RM7.00
SABAH N SARAWAK - RM9.00

WHATSAPP 019-2883235 UNTUK PESANAN

Friday, November 4, 2016

SOLAT MESTI PAKAI TELEKUNG KER?

Pelik tak tajuk kat atas tu.

Apa itu telekung?

Soalan ni kalau tanya kat budak tadika pun dia boleh jawab, tapi kalau tanya kat nenek atau opah rasanya kena penampar kot.

Tapi tak perlah sendiri jawablah kan, telekung is dua helai kain yang berjahit satu untuk tutup bahagian atas macam kain tudung yang besar dan satu lagi untuk dijadikan sarung.

Warna Telekung tu mesti putih ker?

Awak nak pakai telekung putih ker, telekung hitam ker atau telekung merah pun buleh tetapi sunnahnya kita pakai putih. Sebab Rasulullah s.a.w suka pakai warna putih.Nanti kita meninggal pun bawa kain putih juga.
telekung vietnam putih - sangat laris


telekung hitam vietnam yang sangat hot
Kalau awak nak pakai telekung tu kain bercorak pun boleh, cumanya awak akan menganggu sedikit pandangan orang lain nanti sebab telekung awak tu kan sangatlah meriah tau. Ditambah pulak dengan sulamnya yang berkelip-kelipan tu ya.

Telekung dulu-dulu

Zaman opah-opah kita telekung tu tak canggih macam sekarang ooh.  Kain putih tu dilipat dua agak-agak muat badan dia lepas tu bahagian depan dijahit sampai ke bahagian muka cukup-cukup saiz muka dia orang tu. Kat bahagian dahi tu dikedut-kedut sikit samada letak getah atau dia jahit. Bahagian dagu letak kekek, kain kecik tiga segi untuk tutup dagu.  Kalau dagu terbuka solat awak sah, sebab dagu tu aurat jugak.

Bila pakai tu bersegi jer rupanya telekung tu tak jadi bulat, tak jumpalah renda-renda macam sekarang nie.

Kalau tak der telekung tak boleh solat ker

Telekung bukan syarat sah untuk solat. Asalkan menutup aurat dengan sempurna tudung yang besar dan lebar pun boleh dibawa untuk solat asalkan tidak jarang. Menutup tangan dan kaki anda dengan sempurna.

Sekarang kan dah ramai muslimah yang bertudung labuh hingga bawah paras punggung. Bertudung sebegini pun sudah boleh dibawa bersolat.  Apabila tiba waktu solat mereka ni akan yang berpakaian begini boleh singgah di mana-mana untuk solat.

saiz tudung labuh ready for solat

telekung sulam cotton
Tetapi jika anda dah biasa bawak telekung atau simpan telekung sepasang dalam kereta itupun sangat baik juga.

Jangan kerana anda tidak mempunyai telekung anda tidak solat.

telekung sulam kain koshboo

from kelantan suka telekung ni

Thursday, November 3, 2016

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT - PAKAIAN UMRAH UNTUK SPECIAL SIZE

Hari ini mood agak gloomy last night semalaman sakit perut, dah ler akak tidur lambat kul 2.00 am terjaga balik. Suhu badan naik membara, perut memulas dengan angin yang berpusar-pusar dalam perut ku ini. Sudahnya cara lah garam yang selalu doktor bagi tu barulah lega, barulah akak boleh tidur.

Alhamdulillah terjaga juga subuh pukul 6.00 am tu. Selesai segala urusan dengan Alllah swt akak pun boom lah baring balik tak boleh nak buka mataku lagi ni. Before that carilah Panadol dah tak kira perut beralas ker tidak. Kul 8.00 plus baru ku tersedar balik.

Jaga-jaga termenung kejap tengok apa aktiviti hari ini no delivery pun. Dalam akak melayan perasaan tengok der miscalled. Rasanya no dari sebelah Sabah n Sarawak, tak perlah akak call lah dulu. Gotcha, memang betul.  Orang kat sana introduce kan dirinya dan mahu bertanyakan barang umrah.  Akak minta dia whatsapp lebih jimat dah mudah.

Saudari dari Sabah mencari barangan umrah untuk ibunya. Orangnya agak rendah tapi sedikit berisi jak. Untuk memudahkan ukuran beliau dah sediakan ukuran. Part ni akak puji cik adik ni sebab lengkap dah 
ukurannya akak cuma perlu check stok pakaian umrah yang sedia ada tu. Memandangkan saiz kami tak sesuai, kita tailor beliau set yang baru.

So kalau anda special size you may check stok pakaian umrah kami dan kita masih boleh fikirkan bagaimana kami mampu membantu anda.

Wednesday, November 2, 2016

KAIN IHRAM

Apa Dia Kain Ihram

Dua helai kain lepas (Tidak bercantum/berjahit) selalunya kain cotton jenis tebal seperti tuala yang serap peluh.  Kain jenis tebal ini lebih sesuai kerana ia tebal tidak jarang atau menampakkan susuk tubuh si pemakainya.  Perlu berat supaya tidak mudah tersingkap, lagipun di tanah suci cuaca kering dan berangin.

Siapa yang memakai kain Ihram

Kain Ihram hanya untuk lelaki sahaja.  Kain Ihram dipakai semasa umrah atau haji perlu memakainya sehingga selesai umrah atau hajinya atau sehingga ia bertahalul dengan mencukur atau menggunting rambutnya.

Tidak boleh memakai sebarang pakaian berjahit walaupun seluar dalam ketika sedang berihram.

Cara memakai Kain Ihram (Lihat video dibawah entry sebelum ini)

Kain Ihram sebanyak dua helai. Satu untuk menutup bahagian pinggang ke bawah dan satu lagi untuk menutup bahagian atas badan atau.

Untuk mengemaskan lagi kain ihram supaya tidak terlondeh di pakai dengan talipinggang.

Oleh kerana masa ihram yang panjang ketika musim haji untuk menjaga kebersihannya dinasihatkan membawa dua helai kain pelikat tidak berjahit untuk dipakai ke tandas ataupun semasa tidur.

Berapa helai Kain Ihram patut dibawa

Untuk musim haji anda perlu bawa 2 set atau 4 helai kain tebal nie.
Untuk umrah memadai 1 set atau 2 helai sahaja. 

Sebab waktu berihram maybe antara 4 jam hingga ke 8 jam sahaja tempoh kita selesaikan satu umrah. 


kain ihram

saiz 45 x 90 inci

RM55.00 1 SET TIDAK TERMASUK POS
whatsapp 0192883235


*HOW TO WEAR IHRAM*

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA