Isnin, 19 Februari 2018

TRAVEL AGEN YANG MENAWAR PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI

Sila ambil perhatian hanya travel agent yang tertera di atas sahaja yang berdaftar dengan Tabung Haji.

Khamis, 15 Februari 2018

BAJU PAGODA DALAM KELASNYA YANG TERSENDIRI

KERJA DALAM STUDIO PAKAI MACAM NI KAN BEST


Saper suka pakai baju pagoda. Ada lagi tak orang-orang yang terdekat pakai baju pagoda nie? Kalau dulu atok-atok kat kampung pakai baju pagoda nie dengan tali pinggang hijau tu lengkap dengan kain pelikatnya sekali.

Tapi best kainnya sejuk ada yang sleeveless ada yang berlengan pendek.  Kalau dulu yang pakainya apek-apek dengan budak sekolah lelaki, orang lelaki dewasa yang bekerjaya. 

Orang lelaki juga suka pakai baju pagoda sleeveless nie dengan kemeja jadi taklah nampak seksi sangat kan. Tak derlah basar berpeluh-peluh sebab kain cotton ni serap peluh 

Asal usul baju pagoda ni tak lah jelas sangat tapi yang akak ingat, dia ada label pagoda kat leher baju tu. Siap ada burung helang lagi ha. Asal usul dari tanah besar China dah dihakmilik oleh orang Malaysia semua bangsa pakai sebab kainnya sedap sangat.


Cuaca panas macam Malaysia orang lelaki suka santai-santai pakai baju pagoda putih yang ada lengan tu dengan seluar relaks keliling rumah.

Tapi best kainnya sejuk ada yang sleeveless ada yang berlengan pendek.  Kalau dulu yang pakainya apek-apek dengan budak sekolah lelaki tetapi sekarang dah popular jadi baju haji untuk orang lelaki pulak. Ditambah pula dengan poket kangaroo kat tengah-tengahnya. senang nak letak duit.

Lagi satu cepat kering bila basuh, muslimat pun boleh pakai dengan jubah sebab kain cotton ni serap peluh jadi menyejukkan balik badan.

 
BAJU PAGODA PUTIH


 BAJU PAGODA HITAM

Koleksi kami bukan brand pagoda pun tetapi nama PAGODA tu senang nak ingat dah faham. Walaupun tak sepopular brand pagoda tetapi siapa yang pakai InsyaAllah repeat order sebab kami juga guna kain cotton yang sangat selesa dipakai.. 

Kain berkualiti tak nipis dan senget benget bila dibasuh banyak kali. Boleh pakai sampai lunyai. Of course kalau nak something yang extraordinary kualiti harga kami lebih mahal dari pasaran tetapi Alah membeli menang memakainya.

Kami open untuk tempahan bagi yang nak pakai casual selalunya order without poket.

Nak tahu more boleh klik kat page Kelengkapan Haji dan Umrah

NOTA : COPYWRITING HAKCIPTA TELEKUNGMUSLEEMA

Selasa, 13 Februari 2018

POS LAJU OH POS LAJU

Kak Hajjah notis seminggu penghantaran Pos Laju dah jadi pos lambat ya.  Selalunya delivery paling maksimum hanya 3 - 4 hari. Lewat sampai 7 hari jika ke Sabah dan Sarawak.

Customer harap bertenang ya. Kami pun tak senang perut kalau you all tak terima barang yang dipesan tu. Sebab bila kami terima bayaran kat dah terikat dengan janji untuk penghantaran pada masa yang ditetapkan.

Tetapi semua tu beyond control kalau tersangkut kat Pos Laju beberapa hari, terutama sekarang ni musim perayaankan.

So pelanggan semua lebih baik buat belian awal kalau anda bercadang nak pergi umrah jangan tunggu seminggu baru nak pesan barang ya.

Nanti barang lewat you all jadi stress.  Buat masa ini Kak Hajjah terus terang sahaja dengan pelanggan Pos Laju lambat. Lebih baik hilang order dari nanti orang marah kita berbakul-bakul.  InsyaAllah nanti adalah rezeki lain kali nak berurusan tu kan.

Mudahan-mudahan selepas Tahun Baru China things get macam biasa yer.



PAKEJ KOMBO MINI TELEKUNG POKET

Salam semua,

dah lama tak buat pakej combo hari ini Kak Hajjah nak buka peluang untuk semua bakal umrah cuti sekolah bulan Mac dan jugak bakal-bakal haji untuk sopping kat kedai online kami nie.

Mini telekung poket dan telekung poket dah viral kat sana-sini. Jadi kami pun tak ketinggalan memeriahkan lagi suasana.  Kali ini kami nak kasi lagi best lagi tau!!!

Kombo belian mini telekung poket dan seluar haji muslimah renda ya.



SENARAI HARGA BIASA TANPA PROMOSI
Mini telekung poket - RM80.00 
Seluar haji muslimah - RM29.00
Pos- RM10.00
Sarung tangan RM7.00
TOTAL - RM126.00

TAPI SEKARANG HANYA RM100.00 SAHAJA 

MINI TELEKUNG POKET + SELUAR HAJI MUSLIMAH

SELUAR HAJI MUSLIMAH

DAN

MINI TELEKUNG POKET


TAMBAH FREE

SARUNG LENGAN COTTON SPANDEX

TAMBAH FREE LAGI

POS SEMENANJUNG MALAYSIA
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH - RM5.00 SAHAJA.

DENGAN PAKEJ KOMBO DAH JIMAT RM26.00


BEST PRICE UNTUK ANDA 
KAMI BUKA HARGA KOMBO SEHINGGA AKHIR FEBRUARY ATAU STOK HABIS.

SAMPAI 28/2/2018 SAHAJA YA


BERMINAT WASSAP YA KAK HAJJAH 0192883235


Jumaat, 9 Februari 2018

TABUNG HAJI DAH KIRA DIVIDEN HE HE HE

PUTRAJAYA: Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

"Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji.


"Bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus," katanya ketika mengumumkan agihan hibah itu, di sini hari ini.

Untuk rekod, TH mengumumkan 4.25 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.88 bilion.

Pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan hibah TH 2017, Isnin ini (12 Feb).

Jamil Khir berkata pengagihan hibah itu telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak RM68 juta kepada semua pusat pungutan zakat negeri dan kepada asnaf-asnaf yang layak di seluruh negara.

Menurutnya, TH mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2017 berbanding 2016, dengan pendapatan kasar meningkat sebanyak RM1.1 bilion atau 31 peratus kepada hampir RM4.5 bilion, berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM3.4 bilion.

"TH juga merekodkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM0.3 bilion (13 peratus) berbanding tahun 2016 sebanyak RM2.5 bilion," katanya.

Tambahnya, anak-anak syarikat TH turut menyumbang kepada pendapatan tersebut sebanyak RM1.1 bilion antaranya BIMB Holdings Berhad (RM706 juta), TH Properties Sdn Bhd (RM113 juta), Kumpulan TH Hotel & Travel (RM104 juta), TH Trust (RM82 juta), Kumpulan LTH Property Holdings Ltd (RM82 juta) dan TH Plantations Berhad (RM50 juta).

Selari dengan amalan pengurusan portfolio baik, Jamil Khir berkata TH juga telah melakukan rosot nilai sebanyak RM470 juta bagi pelaburannya di dalam syarikat minyak dan gas yang telah dan masih terjejas ekoran kemelut melanda industri itu.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata TH telah membelanjakan sebanyak RM356 juta bagi pengurusan haji pada tahun 2017, dengan RM298 juta adalah subsidi haji dan RM58 juta bagi kos tidak langsung termasuk kos kesihatan, kaunseling dan bimbingan haji.

Katanya, sebanyak RM2.41 juta pula diperuntukkan bagi membiayai 713 warga tua dan kurang berkemampuan untuk menunaikan haji melalui Dana Tabung Warga Tua.

Bagi tahun ini, Jamil Khir berkata TH menanggung subsidi haji sebanyak RM12,470 atau 56 peratus daripada kos haji bagi seorang jemaah haji muassasah kali pertama.

Katanya ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta, susulan kenaikan kos haji sebanyak 15 peratus kepada RM22,450. 


SUMBER - BERNAMA

Sabtu, 3 Februari 2018

TALIAN HAYAT DAH AKTIF

ALHAMDULILLAH talian hayat Kak Hajjah dah pulih maka bulih lah kita nak berwasap-wasap ya.

Jumaat, 2 Februari 2018

HANDPHONE MASUK KLINIK

Hangpa jangan marah ya kalau Kak Hajjah tak boleh reply korang punya wassap dan message.

Telepon dah masuk laut nie..tengah tersadai untuk repair ya. 

Arie Gombak nanti akak contact balik ya.  Nanti tolong email kat atau message kat fb tu.

Salina Sal, tak dapat nak pos alamat awak dalam phone. Nnt buleh email kat hajjah ya.


SORRY SORRY SORRY.  Kak Hajjah cuba dapatkan replacement nie. Sayang yang lama tu sentimental lebih sikit.

KOMUNIKASI TERGANGGU

ASSALAMUALAIKUM,

HARI INI PHONE KAK HAJJAH BERMASALAH DAH GELAP GELITA.

SEBARANG PERTANYAAN SILA SUBMIT MELALUI EMAIL SAYA at designmusleema@gmail.com.  

SAYA AKAN REPLY ANDA SEBAIK SAHAJA BERADA DI DALAM KAWASAN LIPUTAN.

MESSAGE KHAS UNTUK ARIE GOMBAK DAN SALINA SAL KOTA KINABALU TOLONG EMAIL ALAMAT YA. KAK HAJJAH NAK BUAT DELIVERY.

MINTA MAAF SESANGAT LAH SEMUA YA.

 NO WASSAP DAN MESSAGE CONTACT ME BY EMAIL SAHAJA SEHINGGA DIBERITAHU

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA