Isnin, 11 September 2017

SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA

Alhamdulillah selesai sudah ibadah haji Dhuyufur Rahman, sejak hari Khamis batch yang pertama dan beransur balik ke Malaysia.

Setelah 40 hari jemaah haji bermukim di Makkah dan Madinah maka tiba masanya untuk kembali ke tanahair yang tercinta. Bagi jemaah haji yang tiba lewat atau penerbangan dari Malaysia terus ke Jeddah pada waktu ni mereka semua bergerak sudah ke Madinah. 

Jemaah haji semua akan ziarah ke sana ziarah makam Rasulullah s.a.w. tempat-tempat yang bersejarah, Bukit Uhud menelusuri pengorbanan Nabi Muhammada saw dan sahabat, menyopping kat ladang kurma da menyoppin kat underground mall di sekeling Masjid Nawabi tu.Kalau dapat geng ada yang sampai ke Bukit Magnet tu..broom jer kereta tak payah tekan minyak tau.

Samada nak balik ke Malaysia atau nak berangkat ke Madinah perasaan setiap orang jemaah haji sama sahaja, sedih pilu nak tinggalkan bumi Makkah, sedih pilu nak tinggalkan Kaabah dan Medan Saie tu.

Bagi jemaah haji yang datang lewat masa ni dia orang semua pergi melawat Padang Arafah selepas musim haji, masjid Quba',  Jabal Nur dan Gua Thur bagi yang kuat tu dia orang mendaki sampai ke atas. Bas-bas juga disediakan untuk yang nak buat umrah lagi sebelum sampai masa berangkat keluar dari Tanah Haram.

Ketika lengang ini seronoknya bertawaf dan solat dalam Masjidil Haram, tak ada lagi jemaah haji yang kena langkah kepala masa sujud sebab dah lengang. Lalu kat Medan Saie pun kaki rasa sejuk giler sebab orang dah kurang dah.

Bagi yang sihat dan tiada keuzuran boleh bersenang-senang beriktikaf kat dalam Masjidil Haram tu. Perkara biasa ada jemaah haji yang batuk, selsema dan demam balik dari Arafah tu. Bak kata doktor kat sana ada berjuta virus masa musim haji tu tetapi tu bahagian masing-masing senang dan susah itu ketentuan Allah swt.

Jangan lupa thousand of thanks to kakitangan jemaah haji yang bertungkus lumus menyantuni jemaah haji semua. Terutama pasukan mediks dan petugas-petugas ronda tabung haji yang berbaju merah tu. Sentiasa jer ada kat dalam Masjidil Haram kot ada pakcik makcik yang sesat.

Perasaan rindu yang membuak-buak kat keluarga kat Malaysia mula datang kat jemaah haji setelah berakhirnya rukun Islam yang kelima.  Kalau tengok kat lobby tu berkotak-kotak orang pos barang balik Malaysia. Tengok jemaah haji sopping terfikir juga Malaysia bukan ke tengan ekonomi gawat nie.

Tapi Dhuyufur Rahman memang selalu dimurahkan rezeki 



Ya Allah jemputlah kami lagi ke Tanah Suci Mu sebagai tetamu Mu Lagi

kak hajjah - pakej pakaian umrah jimat.
Gambar ihsan Tabung Haji Official

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA