Khamis, 19 Oktober 2017

TELEKUNG MALAYSIA SUATU EVOLUSI

Telekung dah sinonim dengan wanita Muslim di Asia Tenggara. Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand memang menggunakan telekung sebagai pakaian untuk bersolat.

Telekung adalah 2 keping kain putih, satu dijadikan seperti kelubung untuk bahagian atas dan satu keping lagi dijadikan kain sarung, Kak Hajjah rasa itulah konsep asalnya.

Sebab Kak Hajjah masih ingat dulu masa kecik telekung bentuknya tak secomel telekung hari ini. Dulu telekung tu bentuk bersegi bukan bulat macam hari ini. Telekung tu dilipat dua bahagian tengah dicantumkan, bahagian muka telekung diletak kekek untuk tutup dagu dan bahagian dagu diletakkan tali untuk mengikat. Telekung wajib pakai anak telekung tiada lapisan di sebelah dalamnya.




SIAPA PERNAH BUAT MACAM NI
dulu mana ada telekung budak, zaman Kak Hajjah duit susah 


Selepas itu negara kita dibanjiri pula oleh telekung-telekung dari Indonesia yang terkenal dengan sulamannya yang cantik-cantik seperti Telekung Sulam Ayak dari Padang dan telekung dari Bandung. Bahannya terdiri dari cotton, cotton mix dan cotton polino. Satu masalah kat sini telekung dari Indonesia bersaiz kecil untuk wanita Melayu Malaysia yang bersaiz obes macam Kak Hajjah.Pada masa ini telekung masih mengekalkan warna putih sebagai warna asas. Harga telekung Indonesia dari serendah rm35 hinggalah mencecah beratus-ratus ringgit. Mengikut kualiti kain dan hasil kerja sulamannya.

Telekung Indonesia
Kain Cotton Paris


Telekung Indonesia 

Selepas air asia muncul Malaysia dibanjiri pula oleh telekung dari vietnam yang terkenal dengan kain telekung dari bahan yang sejuk. Telekung vietnam agak besar bidangnya juga mempunyai sulaman di atas kain telekung tetapi tidak terlalu sarat dan ditambah seri dengan kuntum-kuntum bunga timbul. Bahagian muka tiada bersulam. Wanita bertubuh gempal memang memilih telekung ini ditambah pula oleh kain sarungnya yang labuh dan lebar selesa dipakai ketika solat. Harga dari RM45 - RM180 mengikut sulaman dan kualiti kainnya.



Telekung Vietnam 

Dalam negara juga berlaku kemajuan dalam industri pembuatan telekung ini dimana munculnya telekung-telekung yang cantik menggunakan bahan kapas, lycra dan bahan sintetik.

Dahulunya, telekung atau pakaian solat golongan wanita hanya diperbuat daripada kain kapas berwarna putih, kemudian diinovasikan dengan renda dan corak bunga-bungaan. Dek kerana industri ini berkembang pesat, kebanyakan telekung yang digunakan diimport dari Indonesia, China dan Vietnam.

Bagaimanapun, peluang tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh pengusaha telekung tempatan untuk membuat dan mereka telekung sendiri yang sesuai dengan cita rasa tempatan.


Telekung Kelantan - 2012
Kain Koshiboo 


Sulaman Yang Tebal 

Beberapa tahun kebelakangan ini, industri Pembuatan telekung di negara ini mula mendapat tempat apabila pelbagai rekaan pakaian solat berada di pasaran dengan menggunakan pelbagai jenis fabrik dan fesyen.

Material JC 

Telekung JC 

Telekung pengusaha tempatan juga menembusi pasaran antarabangsa dan diberikan peluang untuk dipentaskan di beberapa acara besar di peringkat antarabangsa sama ada yang diadakan dalam dan luar negara.

Malah orang ramai kini juga jarang lagi membeli telekung dari luar negara kerana kemampuan pengusaha tempatan memenuhi cita rasa dan menggunakan fabrik yang memberikan keselesaan kepada kaum Hawa.

Boleh dikatakan, dengan perkembangan positif industri telekung negara, ia berjaya menurunkan permintaan telekung luar negara walaupun ditawarkan dengan harga rendah.

Menariknya, setiap pengusaha telekung tempatan kreatif, inovatif menghasilkan telekung menggunakan pelbagai jenis fabrik antaranya satin, kapas, lycra dan kain yang diimport dari luar negara dengan perincian pelbagai hiasan.

Telekung Siti Khadijah
Ikon Telekung Malaysia 


Telekung Cotton
MALAYSIA


Mereka menggunakan sulaman tangan dan renda pada telekung dewasa manakala untuk kanak-kanak, kebanyakan pengusaha menggunakan corak yang biasa dan berwarna-warni yang dilengkapi dengan beg telekung.





SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TELEKUNG
WASSAP KAK HAJJAH

ATAU KLIK



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA