Tuesday, June 13, 2017

JUALAN RAMADHAN MURAH GILER TELEKUNG COTTON

APO KABAR SEMUA? Dah tiga hari cuti mesti berat jer nak keluar rumah pepagi hari kan? Uhu dulu pun Kak Hajjah gitu juga, tapi bila dah tak kerja opis nie pulak tiga (3) hari tak keluar rumah serabut kepala. Find something to do, kena keluar tengok dunia dan tengok orang pulak lah.

Kita dah dah nak masuk fasa ketiga Bulan Ramadhan,
Fasa Pertama Ramadhan 1-10 cari rahmat Allah
Fasa Kedua Ramadhan 11-20 cari pengampunan Allah
Fasa Ketiga Ramadhan 21 -20 cari pelepasan dari api neraka dan cari Malam Al-Qadar

Kalau tersilap tu minta ampun maaf ya..boleh komen kat bawah nanti untuk pembetulan.

Fasa terakhir Ramadhan kita nak kasi harga potong untuk beberapa telekung cotton smocing. Anda boleh pilih nak sepasang atau nak telekung sahaja lah ya. Stok telekung ni terhad jer yang kita buka untuk harga PENGSAN ni.  Kalau berhajat nak hadiah atau wakaf telekung ni buleh lah cepat-cepat sebelum pos laju tutup pintu ya. 

whatsapp Kak Hajjah - 0192883235

Kak Hajjah takut nanti telekung adik kakak tu duduk kat warehouse jer kalau lambat.  Nanti tak ada telekung nak hadiah kat mak or mak mertua nanti. Nak tau mak Kak Hajjah pun nak telekung glamer katanya pening kepala ku. Tengah jahit baru tu latest tak ader dalam koleksi saya lagi.

  • Telekung cotton kami mempunyai kemasan muka jahitan smocking supaya elok melekap kat muka tau. 
  • Rambut tak derlah nak mengintai-intai keluar.
  • Saiz Muka Telekung ada S-L, standard saiz orang order selalunya M, tak pa buleh check jer.
  • Labuh depan telekung - 45 inci - 48 inci 
  • Labuh belakang telekung - 52 - 55 inci
  • Labuh lapik dalam telekung ada paras dada macam tudung M ataupun sampai perut macam tudung XL
  • Kain telekung labuh dan lebar - ada jenis ikat ataupun getah. Off course ada beza harga ya.
  • Jenis kain putih cotton
  • Jenis renda cotton yang  berkilat -


OFFER SEKARANG UNTUK YANG PARAS DADA SAHAJA, Lapik Labuh ada sikit jer boleh check nanti.

Postage rate dari RM8.00 ikut beratnya barang yang kita hantar.

whatsapp Kak Hajjah 0192883235

Telekung Bunga Sulam
 NORMAL PRICE - RM95 (TELEKUNG SAHAJA)
NOW - RM85.00 SAHAJA
DENGAN KAIN SARUNG PUTIH - NORMAL RM120.00
SEKARANG RM100.00 SAHAJA
Telekung Putih Polos 
 NORMAL PRICE - RM95 (TELEKUNG SEPASANG SAHAJA)
NOW - RM75.00 SAHAJA SEPASANG 
KAIN COTTON CANGGIH BEST PRICE 
 RM60.00 (TELEKUNG SAHAJA)

whatsapp Kak Hajjah 0192883235

Monday, June 12, 2017

Ramadhan 17hb - Al-Quran diturunkan.

Bulan Ramadhan dah berlalu 17 hari, tak lama lagi Ramadhan akan tinggal kan kita.  Setelah 17 hari berlalu sepatutnya sudah boleh muhasabah diri setakat manakah amalan kita? Istiqomah kita dalam merebut ganjaran infinit dalam bulan Ramadhan ini.

Hari ke 17, adakah Quran kita sudah 17 juzuk. Kak Hajjah, sempat mengikuti program muslimah sepanjang Ramadhan. Tahniah untuk kaum muslimat sangat hebat majlis tadarusnnya di mana-mana Masjid di Wilayah Persekutuan ini sebelah pagi dipenuhi dengan kaum muslimah yang bertadarus secara berjemaah.

Siang tadi sempat mengikuti Kuliah Zohor seorang penceramah muda dari Sabah, seronok sangat anak muda ni pandai berpidato dan pandai mengawal pendengarnya. Beliau mengatakan Ramadhan perjuangan melawan nafsu makan, nafsu tidur, nafsu nak sopping dan nafsu mengumpat.

Bulan Ramadhan semua orang berlumba-lumba jaga ibadah, jaga ibadah puasa, jaga solatnya dan jaga Quran. Bulan ni masing-masing berlumba-lumba berqiammulail, bersedekah dan berinfaq. Selama 30 hari ini adalah bulan tarbiah yang sepatutnya akan mendidik kita untuk 11 bulan akan datang.

Tetapi menurut beliau ramai yang kecundang dalam perjuangan ini, kerana apa? Kerana tidak sabar! Tidak kuat iman untuk berjuang. Itu baru berjuang dalam Bulan Ramadhan, berjuang melawan nafsu dan kelaparan. Cer fikir camana ya orang Syiria dan Afrika tu yang tiada apa nak dimakan dan berbuka puasa dalam keadaan bom meletup kiri kanan. Kita kat sini masih boleh duduk makan dengan juadah penuh meja.


Cuba lihat malam pertama Ramadhan, solat tarawih sampai melimpah keluar hingga ke ruang makan. Saper dapat duduk kat dewan solat tu, alhamdulillah dingin.  Saper duduk kat luar alamat main kipas dengan kain telekung lah.

Malam kedua Ramadhan dah boleh masuk sikit semua walau sempit-sempit. Malam ketiga Ramadhan sudah ada ruang longgar kat dalam dan seterusnya makin sikit dan sikit.  Tu pun 8 rakaat jer kebiasaan kat bandar-bandar tetapi dengan bacaan surah-surah panjang. Saper tak tahan carilah kerusi atau solat duduk tiada halangan untuk solat-solat sunat kalau kita tidak mampu berdiri cuma pahalanya kuranglah.

So kita tanya lagi kat diri tu baru bab solat tarawih camane bab tadarus Quran ataupun baca Quran sendirian. Dah mula ker?  Sedangkan kelayakan untuk dapat malam lailatul Qadar yang Allah swt janjikan tu. Solat fardhu dan puasa, solat sunat tarawih, baca Quran, berqiammulail setiap hari. So menurut guru Kak Hajjah tu semua ulama' muktabar sepakat tiada khilaf pun.


Kita puasa lebih kurang 12 jam, orang -orang kat Norway puasa 21 jam, Kat Eropah 14 jam lebih kurang. Kak Hajjah berkenalan dengan Kak Zarina dari Penang yang menetap di Oslo, Norway suaminya orang Islam Norway. Bulan Ramadhan ramai orang-orang muslim balik ke negera asal mereka kerana puasa di Norway panjang sampai 21 jam. Kalau orang yang jiwa kental ni memang hebat untuk buat ibadah, 21 jam doa kita makbul . Allahu Akbar. Orang-orang biasa macam kita lari cabut balik negara sendiri. 

Kita tanya diri kita, umat Nabi Muhammad s.a.w umurnya pendek jer berbanding dengan umat terdahulu, bayangkan kita mendapat Malam Lalilatul Qadar, malam seribu bulan  masyaAllah dan amalan yang diterima semua Subhanallah kitalah hamba Allah yang paling beruntung.

Kat Wilayah Persekutuan ni masuk jer Ramadhan panas melenting-lenting tiap hari, saya sendiri pun tak sanggup nak berada di luar lama-lama. Bila habis tugasan sebelum zohor cepat-cepat balik dan cari ruang tidur siang nak cover malam nanti tak lah sangap masa berada di Surau. 

Alhamdulillah sekarang ini hujan mula turun, mudahan mampu mengurangkan jerebu siang hari. Mudahan hujan yang turun bukan excuse untuk kita turun mengimarahkan rumah-rumah Allah swt.

SELAMAT REMPIT CARI MALAM LAILATUL QADAR

#OFFER TELEKUNG COTTON SEMPENA RAMADHAN

Saturday, June 10, 2017

REMPIT SWISS 2O17 - PANAS! PANAS! RINDU KAT KAMPUNG LAUTERBRUNNEN

Senja semalam menyaksikan matahari terbenam yang merah hilang seri mentari disebabkan jerebu yang melanda Kuala Lumpur dalam bulan Ramadhan nie.

Jam 11.00 malam Kak Hajjah check cuaca 28 degree celcius dan at 2.00 am still masih lagi 25 degree its really hot. Saya cuma boleh lelap dalam satu jam pusing kiri kanan dah tak boleh nak lolap dah. Saya tengah buat entry di pagi yang hening nie nak sahur awal sangat. 

Baca title posting tu mesti korang rasa Kak Hajjah ni macam tak sedar dirikan, udah lahirkan kat negara Khatulistiwa panaslah, betul kan? Bukan gitu jauh pulak nak rasa riak pun.

 Bila kita ingat dari kita lahir nun zaman peristiwa 13 mei hinggalah sekarang dah going to be setengah abad nie. Kita rasa perubahan cuaca ni memang sangat berbeza sekali. Dulu kat kampung rumah atap zink ya ada yang papan semua, ada yang sekerat batu dan sekerat papan.

Bila siang tak boleh duduk atas rumah panas leting lari duk bawah rumah ada pangkin atau buaian.
Malam pulak sejuk gedik, makin pagi makin sejuk selimut tak boleh tinggal. 

Balik sekolah pukul 1.00 pm tengahari panas lip lap tu dah bawak nasi dan tuala lari duk tepi sungai berkelah ramai-ramai dan terjun dalam Sungai Batang Padang tu. Bestnya masa tu air masih dalam sejuk tak ada pencemaran, sekarang belum tentu lagi jarang dah mandi sungai. Alhamdulillah air paip kat rumah masih sejuk lagi, dan segan nak mandi buka aurat at public.

That time tak ada jerebu langit biru cantik jer!

Rumah kami dulu tak banyak bilik tidur bergelimpangan jer. Rumah kami tangga batu warna merah, bila dah berduit pulak tambah bawah jadi lah rumah kampung yang atas bawah. Masa ni baru ada bilik, bulan Ramadhan macam ni siang panas tidur atas simen. Budak-budaklah lapar tidur.

Sekarang ada mampu nak duk rumah atas tanah hmm leleh air liur lah kome! Melainkan kome jadi kaya raya dapatlah rumah sebuah kalau dak macam kak Hajjah sekarang duk rumah bertingkek-tingkek nie. Alhamdulillah ada tempat nak berehat dan tidur.


DARI TAPAH KE LAUTERBRUNNEN, SWISS

Saya ada impian masa saya muda-muda dulu setiap kali tahun berderet azam ada yang tercapai banyak yang kelaut. Tapi saya bukan seorang yang kuat azam dan planner yang bagus semuanya tersasar dari garisan. Camane pun Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt still jugak dapat walaupun lambat. 

Dulu nak pusing dunia umur 40 tahun dah terlewat dekat 10 tahun dah nie, tapi yang dekat-dekat tu sampailah jugak. Yang paling tak tercapai nak kurus, setiap tahun menambahkan kilo ada.

Rasanya dah citer sebelum macamana boleh sampai ke Swiss nie kan, now we explore pulak apa istimewanya tempat ini. Apa yang saya nak sangat bandingkan mengenai alam sekitar. Kat Switzerland pemandangannya masih hijau di sepanjang perjalanan kami dari Airport Frankfurt hinggalah masuk ke Switzerland so cool tengok rasa sakit leher nak toleh kiri dan kanan cantik sangat dan kemas tersusun. 4 hingga 5 jam perjalanan walaupun penat rasa rugi kalau terlelap sebab nanti balik ikut route yang lain pulak.

Cuba hangpa drive ya dari Penang sampai Kuala Lumpur ikut highway or jalan lama cuba tengok berapa banyak bukit-bukit yang dah gondol, especially lepas Perak masuk Selangor (ampun Tuanku, nanti orang Selangor marah pulak) berapa banyak hutan-hutan dan bukit-bukau yang dah gondol atas nama pembangunan. Saya bukan pejuang alam sekitar, tapi kenapa kita rakus sangat sebab I love my country folk.

Di sini cantik sungguh kampung yang tersusun ada binatang ternakan dan ladang-ladang macam dalam buku cerita yang dulu-dulu kami baca kat khutub khanah (budak sekarang faham ker) deme tau 'library' jer.

Lalu pulak kat Tasik Interlaken tu masa hujan gerimis, Allah swt hidangkan kami dengan dua pelangi yang sangat cantik. Buat Kak Hajjah terfikir ya Allah betapa cantiknya ciptaanMu atas dunia, sesungguhnya Jannah itu pasti lebih cantik dan luaskan. Allahu mari kita rebut Jannah di bulan Ramadhan ini. Hujan gerimis lagi membeku rasanya menggigi nieh. Tak kesahlah comot camane pun dah sehari suntuk di perjalanan mesti rakamkan jugak.

Pelangi Interlaken

Perkampungan Tepi Tasik Interlaken

Dari Dalam Kereta Kami

Tasik ni memang besar di sekelilingnya ada rumah-rumah yang berlatar belakangkan Gunung-Gunung its such a beautiful painting yang Allah swt ciptakan. Sebab tu tak salahkan untuk berjalan ambil ibrah tengok tempat orang asalkan bukan perjalanan untuk maksiat semata.

Meneruskan perjalanan hingga sampai ke Bandar Lauterbrunnen ni memang hots spot untuk travellers macam kami lah. Tempat ni memang dipenuhi dengan chalet dan hostel-hostel. tak der bangunan-bangunan tinggi di sini. Setakat 3 - 4 tingkat sahajalah. Bila sampai kat hostel menangis nak tarik beg naik.

Sampai kat Lauterbrunnen dah lah sejuk, hujan pulak tu ketap gigi lah jawabnya malam tidur pakai aircond semulajadi jer.

DAY 2 - MEREMPIT KE PUNCAK JUNGFROCH TOP OF EUROPE

Kita Sekodeng Rumah Depa Dari Dalam Train
Ingat balik rasa kelakor jugak camane aku boleh tergolek kat sini, Allah swt nak kasi kenangan kat tubuh ni kot hang pernah naik ke Jungfroch.

Early morning dah terjaga walaupun jam Swiss tapi body clock tetap bangun ikut jam Malaysia. Terkebil-kebil nak tunggu Subuh 3.00 am++.  Pepagi kaum hawa dah cari dapur, kita bawak small rice cooker untuk masak nasi, air dan masak lauk. Kat Valley Hostel, Kak Umi bawa cerek menumpang ler.  Mama dengan semangat waja nak masak tapi dapur tak boleh buka, rupanya dah set kan dapur boleh buka start pukul 7.00 am. Masuk bilik tidur balik ler.

Masing-masing bawak bermacam-macam paste, ada yang rajin bawa chili api, ikan bilis, serbuk kari dan bawang sekali.  Dengan santan kotaknya. Satu beg penuh makanan,  those yang particular memang kena bawak sebab you tak der choice tak der gerai minang ker dan mamak restaurant ya. Mencari yang halal itu wajib.

8.30 am meet up kat bawah bergerak ker stesen keretapi, tapi few of us dah keluar awal-awal pusing-pusing tengok pemandangan siap photo-photo bagai lagi. Dekat jer dari Valley Hostel ke stesen keretapi kita orang konvoi jalan kaki.


see the kabus kat puncak tu
Kami save a lot kat sini, kami beli tiket berkumpulan sepatutnya bayor plus minus Swiss Franc 170.00 kita cuma bayar Swiss Franc (CHF) 136.00. Mai tempat mahal jangan suka pegang calculator sakit jiwa korang nanti. Dah tukar duit tu pakai jer. Kami dapat special couch sebab kami ada 21 orang siap reserve lagi tu atas nama "Mr Ahmad". Glamer ko Mat. Setiap sorang dapat satu passport untuk naik ke Puncak Jungfroch top of europe.

Passport Jungfroch
 Dalam couch ni gak pelancong dari China, siap buka koir lagi dia orang.  Ala-ala macam kami juga otai-otai merempit.

Perjalanan naik lama gak sebab tinggikan siap transit lagi. Tapi pemandangan Subhanallah terlajaklah cantiknya. Takjubnya dengan kuasa Allah swt. Menjadikan gunung-gunung ini sebagai pasak bumi. Jungfroch adalah puncak tertinggi di Banjaran Alps according Abang AD rugi tak pergi. The Sky is Blue. Menyaksikan di kiri kanan landasan salji yang menutupi bumi Lauterbrunnen. Kesian Kak Hajjah dekat separuh abad baru dapat pegang salji.

Banjaran Alps yang bersalji

Train to Jungfroch

Pemandangan Lauterbrunnen dari dalam Train

Terlalu panjang nak bubuh semua kat sini tapi would like nak sharing pengalaman ni dengan my readers sahaja. Korang bosan gak kan posting produk jer.


Transit Station

History Pembinaan Stesen Jungfraujoch

Eismeer Second highest stop sebelum Jungfrau

Kat Malaysia paling tinggi pernah trekking Gunung Tebu jer 3000 kaki lebih. Kalau tak silap lah.

Salji Puncak Jungfroch
Ice Palace




Masa sampai ke final point nie memang dah gigil, nafas pun rasa lain macam. Kami teruskan pusing keliling masuk jer ikut road map yang ada kat situ. Mula-mula steady makin jauh rasa dah short breath rasa semput sesangat. Langkah pun berat dahlah tak bertahun tak exercise ko. Kawan-kawan semua dah ke depan kita sorang jer yang terkemut-kemut kat belakang nie. Nak patah balik rasa jauh ke dalam dah nie.

Road Map Stesen Jungfraujoch

Kak Hajjah jalan jer ikut trek berhenti sekejap teguk air sampai ker point ada Laser Screen tu cantik sangat tapi kita dah semput dah tak tengok kiri kanan cari tempat duduk minum dan tarik nafas dalam-dalam. Cuba teruskan nak ikut kawan-kawan tapi dah hilang dah dia orang tu.

Kak Hajjah follow jer tourist lain sampai jumpa tempat nie..just imagine sorang-sorang tercangak-cangak saper nak ambik gambar aku nie. Buat muka selamba minta couple mat salleh ini ambik gambar nasib baik dia faham english. Battery phone pun dah makin low, big regret tak beli powerbank baru sebelum datang sini.

Dah ada signboard jalan licin, siap ada handle nak pegang tapi dengan keyakinan yang padu jalan jer terus sambil klik kiri kanan dapatlah sikit gambar. Teruskan perjalanan sambil gigil sarung tangan satu kena bukak tak camane nak ambil gambar kita tu.

On the way nak keluar tanpa sedar Kak Hajjah tergolek dok. Nasib baik ada orang lagi, ada 2 couple satu orang putih dan satu chinese. Kalau tak camane Kak Hajjah nak bangun mau merangkak kot nak keluar. Kepala dan hips terhantuk kat dinding, Alhamdulillah tak ader luka dan cedera pun. Cuma hips bila duduk tahyat akhir terasa lah sakitnya lagi.

Bila dah dapat bangun, ikut jer couple yang tolong Kak Hajjah tadi keluar dah nampak sign exit baru rasa lega. Dalam hati berdoa janganlah ada yang serius cederanya. From there ada lift terus naik bila nampak terang kat luar huh lega. Nampaklah salji ramai orang riuh rendah main salji terlupa jap semput dan sakit terjatuh.  Kat sini nampak couple Maira dengan Mat. Ina, Teh dan Halim tengah posing maut dengan bendera.

Terhegeh-hegeh datang kat dia orang minta sekeping dua shoot sebab battery phone udah tinggal nyawa-nyawa ikan.

Puncak Jungfraujoch

Posing maut dengan tudung denim dan baju muslimah.
Saper kata pakai tudung labuh dan Baju Muslimah tu menyekat pergerakan dan kebebasan beraktivit.
Kita maintain ya.


AWak DAH BELI TUDUNG LABUH UNTUK RAYA KER

Bulan-bulan posa ni punyalah payah nak update blog nie. Bukan tak der produk banyak nya pun. Tapi kepenatan dan kelelahan lah kita. Siang sibuk dengan kuliah dan urusan niaga sampai jer rumah dah tergolek dok. Nak main dengan cucu baby lagi.he.. he.. he.. Dah pandai meluncur tu.

Camane dengan adik kakak punya preparation untuk Syawal? Before that gi solat tarawih ker awok? Join tadarus ker? Meh komer kita penuhi masa dengan Al-Quran dan zikir pada Allah swt.

Customer Kak Hajjah tanya tak der ker tudung labuh 2xl yang comel-comel untuk raya nie? Selalu tudung labuh Kak Hajjah hitam atau putih jer, fokus untuk orang gi umrah dan haji. Khusus untuk tujuan-tujuan tertentu jer.

Kak Hajjah dah lama skodeng material moss crepe dwi design nie. Baru-baru ini tak tahan aku tak tahan tengok tudung labuh yang super comel nie.  Harga boleh tahan terkulat sekejap dengan harganya adik kakak oi.

Setelah Kak Hajjah belek depan belakang dan luar dalam so worth buying yer adik-kakak tudung nie kan
1. Labuh  tudung - 27 inci
2. Kain tudung dari jenis moss crepe yang cantik sebelah dalam kosong, sebelah luar pula bercorak 
3. Keliling tudung ada batu-batu yang sangat glitter tu comel sesangat tau
4. Seperti biasa trademark Kak Hajjah tudung labuh nie mesti soft awning dan berdagu
5. Tudung Ready for solat
6. Bila pakai tak tersangkut kat badan dia flare are
7. Mukanya sedap pakai strecthabale ya.

Masa bukak kat kelas tadarus ada cik kakak angkat sampai dua helai sekali sebab sangat super comel kan.

whatsapp kak hajjah - 0192883235

Tudung Labuh Grey

Tudung Labuh Turqoise

Tudung Labh Biru/Grey

Tudung Labuh Ungu

Tudung Labuh Plum
Tudung Labuh Brown

Tudung Labuh Coklat Gelap



Whatsap saya at 0192883235 untuk pesanan

KOMER KOMER..KITA ADA OFFER YANG PALING MENARIK UNTUK RAMADHAN

HARGA RM90.00 SEPASANG 
KAMI KASI FREE STOKIN DAN SARUNG TANGAN

HARGA RM180.00 UNTUK DUA HELAI
KAMI KASI FREE STOKIN DAN SARUNG TANGAN DAN FREE POS LAGI

Whatsap saya at 0192883235 untuk pesanan

BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA