Khamis, 19 Januari 2017

RAYUAN HAJI 2017

Assalamualaikum semua,

Kita nak ulas sikit berita yang tersiar kat media massa hari, rayuan haji 2017.   Ramai yang menunggu giliran untuk menunaikan haji ada yang dapat giliran hingga 30 tahun lagi. Kalau sekarang umur 40 maknanya umur 70 tahun nanti baru dapat. 

Manusia hanya merancang takdir Allah swt mengatasi segalanya, manatau along the way nanti Allah swt mempercepatkan jemputan untuk anda. Kalau ketika ini ibu dan ayah anda dah berusia dan dah ada penyakit-penyakit cubalah merayu.

Apabila masuk tahun baru hijrah dan kursus haji pun dah mula pergilah memaniskan muka menghantar surat rayuan ke pejabat tabung haji yang berdekatan. Mana tau hasil istiqamah anda itu Allah swt pandang dan kakitangan tabung haji pun pandang maka terbuka pula pintu rezeki ayah bonda atau diri anda sendiri untuk menunaikan haji.

Perlu diingatkan untuk buat rayuan perlu ke Pejabat Tabung Haji sendiri tiada wakil atau perantara ya tuan dan puan.  Kalau ada wakil harus berhati-hatilah ya.

Kita nak buat ibadah mari kita luruskan cara untuk menghasilkan niat murni kita tercapai. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA