Wednesday, August 16, 2017

WUKUF DI ARAFAH MENGAJAR ERTI SABAR DAN REDHO

Diam tak diam dah dua tahun berlalu tapi semuanya tetap segar di ingatan setiap orang yang pernah melalui pengalaman berada di Arafah

Berwukuf di Arafah dan mabit di Mina satu pengalaman yang sangat menguji setiap jemaah. Semua orang yang hadir sebagai duyufur Rahman akan menanggalkan pangkat dan gelaran untuk menyempurnakan rukun Haji ini.

Bergerak dari Makkah, bersabar tunggu bas datang yang schedulenya confirmed lah kelaut dalam. Janji lepas zohor sampai Isyak baru sampai. Tak kesah janji selamat anda sampai ke destinasi.

Perjalanan 6km lebih kurang dari Makkah ke Arafah jadi sampai 2 jam - 3 jam sebab kesesakan manusia dan kenderaan yang membawa jemaah ke Arafah.

8hb Zulhijjah sudah bergerak ke Arafah untuk wukuf pada 9hb Zulhijjah.  Melihat lautan manusia yang berjalan kaki tu rasanya macam kita pun nak masuk dalam konvoi yang berjalan kaki. Walau bagaimanapun kita jemaah Malaysia tertakluk kepada arahan yang ditetapkan oleh LUTH.

Sampai ke Arafah hampir pukul 12 malam disambut oleh kakitangan LUTH yang berwajah manis dan dihadiahkan dengan pek minuman dan biskut untuk membasahkan tekak. 

Walaupun dalam kursus dah ditunjukkan khemah-khemah dalam video dan slide, tetapi berbaur perasaan bila menjejakkan kaki. Disitulah dugaan dan cabaran menguji setiap penghuni Arafah.

Bear in mind you are in the dessert! Panas dan kemungkinan ribut pasir memang ada. Khemah yang sesak di Arafah memutih macam cendawan lepas hujan. Mana yang tak tahan ada yang pengsan, Kak Hajjah cuma demam tapi cukuplah berat rasanya dalam keadaan kita nak beribadah dan berdoa di masa dan tempat yang mustajab doa.

Mengigil rasa badan tegak solat berjamaah, air yang masuk ke badan berbotol-botol. Habis jer air mintak kawan-kawan tolong carikan. Camane lajunya air masuk macam tu jugak lajunya air keluar, mencari toilet lagi berbaris panjang.

Walaupun begitu itulah nikmat.  Ya Rabb, betapa manisnya dapat menjejakan kaki ke bumi Arafah, tempat khutbah terakhir Baginda Rasulullah s.a.w.


Berjalan kaki ker Arafah.


Sebelum berangkat ke Arafah, pengurusan Tabung Haji dah beri briefing tentang bas dan map kawasan khemah sebagai panduan Jemaah Haji semua.

Kak Hajjah, janganlah excited sangat nak bawak barang banyak-banyak nanti sengsara nak bawak. Bas tu cuma ada tempat duduk tak der compartment untuk barang. Kalau bawak 2 - 3 beg ko pikul sendiri dalam bas tu. 

Mungkin sekarang tak macam tu lagi, tapi kalau buleh bawak sahaja hand luggage yang LUTH beri tu. Muat-muat satu beg tu lebih baik untuk Kak Hajjah dan Abang Haji semua. Makanan mungkin setakat snack dan satu botol air sahaja dah memadai. Jangan risau makanan banyak disediakan.

Air sila minum sebanyak yang boleh, supaya anda kekal segar sepanjang hari. Bawa Quran dan buku-buku doa, susun doa yang nak dibaca untuk diri sendiri dan kiriman doa kawan-kawan. 

Elakkan dari berbual banyak-banyak. Banyakkan berzikir dan baca AlQuran.

Mabit di Muzdalifah

Monday, August 14, 2017

PANGGILAN HAJI

APA KABOR SEMUA.

Rasa baru jer sambut Hari Raya Aidilfitri, dah nak sambut Hari Raya Aidil Adha pulak.  Lagi dua minggu jer lagikan, anda dah daftar untuk korban ker. Tahun ini kemungkinan besar Kak Hajjah tak join kurban ada beberapa urusan yang tak beres lagi.

Bermakna lagi dua minggu jugak jemaah haji kita akan berwukuf ke Arafah, so sekarang dah mula ramai yang membanjiri tanah suci Makkah.  Jaga kesihatan Kak Hajjah dan Abang Aji sekalian, kalau kurang cergas tu tak payah buat umrah tiap hari.

Semalam Kak Hajjah buka booth kat Masjid Al-Ridzuan Ulu Kelang, alhamdulillah ramai yang hadir ke sana. Rupanya Kak Hajjah patut ada appointment dengan sahabat kenalan masa kursus haji, masyaAllah terlupa lah pulak.

Minta maaf dengan beliau tak dapat jumpa, tapi dia kata tak pa kak saya datang saja tempat akak. Allahu Akbar rupanya dia nak bagitau dia dapat pergi haji tahun dan kami sempat bermaafan. Syukur alhamdulillah, tetapi adik perempuan belian terpaksa tolak tawaran sebab tiada mahram. Sahabat ni akan pergi bersama suaminya.

Tujuan asal kami nak jumpa sebab Kak Hajjah buat pesanan skin balm dan lip balm untuk jemaah haji jadi sahabat ni datang untuk menyampaikan pesanannya. Sebelum balik sempat beliau menyambar tiga pasang stongan pendek

Last week, kami dapat info mak sedara pun akan pergi buat haji pada tahun ini, my auntie pergi dengan packages sebab nak tunggu giliran takut tak sempat nanti. Entah alam barzah yang sampai dulu.

Macam tulah kalau Allah swt nak jemput kita datang untuk pangilan haji dengan berbagai cara dan rezekinya kita datang. Keep on berdoa sahaja kabel yang terbaik hanya dari Allah swt yang makbul.

Selalu Kak Hajjah bagitau kat semua sahabat dan customer selagi last flight belum take off anda masih berpeluang menerima panggilan haji.


Thursday, August 3, 2017

SAYA NAK BELI TELEKUNG ZIARAH

Hari ini aktiviti biasa pagi-pagi dah keluar berkuliah di kejiranan kita kat Taman Melawati. Nothin special pun duduk mengasah telinga dan mendidik hati biar jadi hamba Allah swt yang sentiasa bersyukur tu.

Balik nak pos barang tapi terlupa terus balik ambik early lunch, sedang sedap menjamu selera tu dapat satu call dari nombor yang tak dikenali pun.  Nak beli telekung ziarah, pemanggil bertanyakan lokasi.
So kak hajjah kasi alamat dan location.

Rupanya bakal pembeli datang dari kawasan setempat kat Desa Tun Hussein Onn nak cari telekung ziarah untuk ibunya. Ingatkan lambat lagi mak nya nak pergi rupanya flight malam ini pukul 9.00. Sebab tu mereka terus datang kebetulan ada stok di rumah.

Customer ni datang try telekung ziarah putih smocking berpuashati dengan jahitan muka telekung  yang kemas. Kak Hajjah bagi dua tiga pilihan material cotton polos, cotton bunga dan koshiboo. Dia orang pilih yang putih sebab ibunya tak pernah pakai warna lain selain putih dan koshiboo ni agak tebal sikit dan lapik labuh. Selesa untuk orang yang tak prefer telekung yang nipis dan jarang.

Apa relevannya telekung ziarah nie? 

Telekung ziarah lepih pendek dari telekung biasa.  Setengah jemaah wanita mereka memang selesa bertelekung sahaja semasa musim haji atau umrah. Jadi telekung ziarah tidak meleret-leret dipakai senang nak duduk.

Labuh telekung ziarah hanya 28 inci - 30 inci berbanding telekung biasa labuh dalam 42 inci ker 45 inci.

Kami menyediakan telekung ziarah putih dan hitam untuk ziarah dan solat jugak. Ada customer yang tidak berapa tinggi jadi telekung ziarah ini adalah pilihan yang tepat.

Lagipun telekung ziarah ni kalau nak sujud senang tak perlu di tarik baju telekung tu dan tidak menutup tempat sujud.

Masa haji atau umrah kebanyakan jemaah tidak memakai kain telekung kerana mereka memakai jubah untuk menggantikan kain sarung.

Telekung ziarah kami ada warna hitam dan putih
Material ada cotton tetron, koshiboo dan cotton lembut.
Labuh cuma 28 inci ker 30 inci
Jahitan muka kami ada jenis smocking dan getah sahaja

muka telekung hitam getah

muka smocking

Labuh Telekung ziarah
Telekung Hitam Lace
Muka Renda Lace

Sunday, July 30, 2017

THROWBACK - SAAT-SAAT KEBERANGKATAN MENUNAIKAN HAJI

Tadi pergi ziarah anak sahabat yang dapat menunaikan haji, bertuahnya mereka parents dah beringat sejak anak-anak masih kecil lagi. Sempat berbual jugak mengenai persiapan seperti orang-orang lain jugak beg masih belum kemas sepenuhnya lagi.

Pengalaman sendiri pun begitu, dapat panggilan last minit. Kemas beg lebih 5 kali, keluar masuk barang dan susun balik. Check list 3-4 kali. 

Mengimbau kenangan 2015, dua minggu sebelum tarikh berangkat sangat stress dan memenatkan. Beg besar nak bawak tak ada, nak kena beli. Adik ada offer beg dia tapi cuma 24 kg, barang-barang peribadi pun dah penuh belum kira barang-barang yang Kak Long kirim lagi.

Jangan lupa jahit label kat beg, sarung sajer tak memadai boleh tercabut nanti, masa balik beg akak dah bogel tak tau kemana sarungnya. So beli sarung yang macam belt lagi baguih.


Beg kuning nie berisi buku zikir, buku panduan, buku fiqh wanita dan cenderahati dari sponsor

Ambil cuti 2 hari awal dari tarikh berangkat nak sediakan semua barang-barang peribadi yang kecil-kecil. Beg kuning yang Tabung Haji bagi tu berisi vitamin, ubat-ubatan dan buku-buku doa dan panduan untuk bakal jemaah. Ada barang yang tiada macam botol spray wudhu. Set manicure pun beli juga tapi kan tak beli pun tak apa beli ajerlah ketip kuku dengan gunting kecil kat sana berlambak kat tepi jalan.Jangan lupa basuh dulu semua pakaian kita tu, jangan terbubuh softlan pulak nnt dalam ihram tiada bau-bauan. Lebih baik jaga dari awal so saya tak bawa apa pun yang wangi-wangi. Disini peluh pun tak derlah bau hangit macam kat sini. Cuacanya panas kering.

Bermacam-macam perasaan ada gembira, gementar dan takut. Pergi sorang-sorang tak ada pengiring. Walaupun ada ramai lagi jemaah dari Malaysia tetapi kita tak pasti samada room mate kita serasi tu sesuai ker serasi ker.

Sedangkan kita tau disana semua perkara kita kena jaga dari soal ibadah dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Nak jaga hati, nak jaga tutur kata dan perbuatan. Sangat membimbangkan.

Dalam masa yang singkat nie jugak, mum kat kampung organised kenduri doa selamat, seperti kebiasaan semua orang nak pergi haji. Alhamdulillah masih ada mum yang boleh fikir hal-hal lain.

Alhamdulillah for this time around my mum sanggup bersusah payah datang ke Kelana Jaya untuk hantar akak pergi. Eventhough kita pergi kerana Allah dan hanya Allah yang memisahkan kita. Tetapi mungkin ini perpisahan abadi bagi kita.

Tambahan dua hari sebelum berangkat berlaku tragedi crane runtuh. Alhamdulillah apa pun berlaku tekad dan bulat tak mungkin lagi untuk berundur.

Jiran-jiran pun tak ketinggalan berkumpul dirumah mengiringi kita, syukur seronok sebab kita rasa macam ramai orang yang sayang kita dan appreciate kita dalam kelompok kita.

Masa tahfiz laungkan azan rasa hilang segala kegundahan dalam hatimu. Hilang segala rasa takut dan gementar. Syukur ya Allah betapa besarnya anugerahMu.

Flight akak selepas tengah malam, adik, abang, kakak mak dan anak sedara pun ada yang tak dapat datang berkirim salam. Dia orang sahaja yang available , syukur Alhamdulillah. My office mate pun datang juga, duduk pun sebelah Office Tabung Haji.

Kami gerak dari rumah dalam pukul 9.00 malam sampai kat sana orang dah melaut, punyalah demam nak cari parking dan tempat duduk. Masa kat sini kami dapat tagging untuk bagasi, boarding pass, name tag, gelang ajaib dan handbag marah yang mahal giler tu.


Mahal nie RM10K

Masa kat sini mummy dah start banjir dah, siap meninggalkan pesanan penaja off course dia dapat pergi 2 kali gi haji kan. Dah banyak pengalaman. Kami pun ambil kesempatan wefie yang lain tak nak so biarkanlah.

Pukul 12.00 malam dah check in, dengar taklimat kat dalam dan naik bas ke airport. So the journey has begun. Thank you Allah aku rindu nak ke sana lagi. Best jugak naik Saudi Air nie tapi yang bawa dan kakitangan semua orang Malaysia.

Perjalanan mengambil masa 7 jam ada dua kali meal so solat Subuh dalam flight, i’m escapre masa pergi ni tengah uzurkan..Sampai di Qarnul Manazil pengumuman untuk niat ihram umrah.

Tahun ni dengan kabor bukan Saudi Airline tetapi anak syarikatnya yang akan membawa sebahagian dari jemaah haji kita.

Susah atau senang pengalaman adalah ujian dari Allah swt. Semoga Haji dan Hajjah bertabah dan dapat menunaikan haji yang sempurna dan dapat haji mabrur.

Wednesday, July 26, 2017

MINI JUBAH HAJI PELBAGAI GUNA DAN GAYA

Alhamdulillah sampai saat ini permintaan untuk mini jubah cotton tshirt kami masih mendapat sambutan. Walaupun dah ada penerbangan masih ramai lagi yang mencari barang-barang keperluan haji kami.  

Terimakasih atas sokongan anda semua, kami sedaya upaya memperbaikki untuk memastikan anda selesa dengan mini jubah kami. Untuk musim haji ini, Kak Hajjah dah dapat stok mini jubah hitam sepasang dengan seluar warna hitam.

Syukur ramai yang pilih hitam dan putih ini. Feedback dari jemaah umrah dan pengalaman sendiri selesa sangat bermini jubah ini.

Kita boleh bersolat,bertawaf dan saie. Oleh kerana kita masing-masing akan banyak berjalan jadi dengan memakai seluar ni memudahkan pergerakan kita.

Kak Hajjah selalu syor take one size bigger dari baju -baju yang lain untuk menambahkan keyakinan pada diri sendiri yang baju kita tu tak ikut pergerakan tubuh ya.  Pernah seorang jemaah yang beli mini jubah putih baju saiz 2xl sedangkan dia hanya pakai saiz L. Bila Kak Hajjah cuba confirm sekali dia kata memang selesa pakai baju besar dan longgar tu sebab bila dia pakai dah atas buku lali. Saiz besar lagi kembang. Kata beliau musim haji lepas memang dia beli baju besar, dan sekarang dia nak beli lagi satu untuk pakai masa umrah pulak.

Untuk Umrah kami memang menerima tailor made mini jubah sekiranya saiz ada extra besar atau extra kecil sebab jemaah umrah boleh plan tarikh nak pergi. Jadi sekiranya memang masih ada masa kami akan accept order.

Fabrik kami dari jenis comb cotton gred A ya. Pakaian kami dijahit untuk keselesaan pemakainya.  
Setiap mini jubah ada poket atas dada atas tujuan safety untuk menyimpan barang-barang peribadi.
Hujung lengan dijahit bergetah supaya wudhuk friendly
Seluar panjang juga mempunyai poket berzip.

Kelebihan kain jenis cotton comb ni dia lebih strectable, memudahkan peralihan pergerakan dari satu perbuatan ke satu perbuatan yang lain.

Untuk melontar sangat best memakai mini jubah ini sebab anda senang nak melontar. Perjalanan yang agak jauh tu lebih selesa bila memakai seluar panjang dari memakai jubah atau kain.


GAMBAR HIASAN


Satu set persalinan untuk pakaian haji kami adalah:-
1. 1 helai mini jubah - dari RM55.00
2. 1 helai seluar - dari RM35.00
3. Telekung (atas sahaja) - dari RM65.00
4. Sarung Lengan - RM10.00
5. Stokin solat @ stokin wudhuk - RM10.00 - RM15.00
6. Kasut Tawaf - RM15.00

Jumlah = Dari RM190.00 (TIDAK TERMASUK POS)

Sekiranya anda memilih jubah pula :-
1. 1 helai jubah - dari RM70.00
2. 1 helai seluar - dari RM35.00
3. Inner poket - RM18.00
4. Telekung (atas sahaja) - RM65.00
5. Sarung Lengan - RM10.00
6. Stokin solat @ stokin wudhuk - RM10.00 - RM15.00
7.  Kasut Tawaf - RM15.00


Jumlah = Dari RM223.00 (TIDAK TERMASUK POS)



Nak order wassap@sms@call saya

KAK HAJJAH

CONTACT NO - 0192883235


Monday, July 24, 2017

TIMBANG RASA DAN KERJASAMA KUNCI KESELESAAN SEMASA HAJI

Semalam Kak Hajjah menghantar sahabat dan keluarga yang nak berangkat menunaikan haji. Alhamdulilah setiap tahun ada sahaja anak kariah kami yang dapat menunaikan haji.

Masa kenduri doa selamat yang pertama Kak Hajjah tak dapat hadir sebab sama serentak dengan kenduri doa selamat untuk kakak yang nak gi menunaikan haji.

Bila tengok orang berangkat pergi haji rasa sayu dan sebak teringat pengalaman kita pergi dulu. Kalau lah dapat gi lagi alangkah seronoknya. Allahu Akbar.

Orang yang nak pergi haji ni saat-saat akhir tak lalu dah nak makan-minum macam orang nak kahwin jugak ha ha. Cemas, sebak, rasa takut pun ada nak menyertai jutaan manusia. Tapi jangan bimbang  dicelah-celah jutaan manusia itu ada ruang untuk kita. 

Kalau anda seorang yang ringan tulang dan manis mulut lagilah dapat ramai kenalan. Nanti anda akan dapat rakan sebilik ada yang tua dan ada yang muda dan yang pertengahan umur. Supaya anda boleh bantu membantu.  Percayalah ada pahala untuk anda jika suka saling membantu.

Sekecil-kecil bantuan tolong ambil kan makanan untuk kawan-kawan. Mungkin buleh tanya dia orang nak makan ker tak. Selera masing-masingkan, tapi kalau dah ramai elok pulak berkawan-kawan tu rasa sedap jer semuanya.

Ada yang rajin buat air minuman, yang penting jangan selfish. Jangan buat macam rumah sendiri tu rumah orang kita hanya tetamu senja marilah menghormati satu sama lain. Berat dugaan duduk ramai-ramai untuk jangkamasa yang lama. Macam kita masuk rumah sewalah 42 hari tu tak sempat mesra dan kenal hati budi pun. Tapi kalau dapat yang jenis berlapang dada dan sabar, 2 - 3 hari dah jadi kawan baik dah.

Kalau anda bertimbang rasa dan berkerjasama semuanya akan jadi lebih mudah untuk semua orang. Kak Hajjah tabik spring dengan semua kakitangan tabung haji dan petugas haji. Dia orang ni bekerja keras untuk jaga semua orang. 

Anda sahaja arahan sebab tu untuk kebaikan anda semua jemaah haji.  Kakitangan tabung haji dah mula menguruskan jemaah haji sejak di Kelana Jaya. Rasa sangat terharu bila kita disambut sejak di Kelana Jaya, naik bas siap ada escort lagi selama ni tak pernah dapat kena escort dengan polis trafik.

Sampai kat KLIA disambut lagi, tiba di Jeddah ada yang menunggu.  Turun bas sampai kat maktab berbaris pegawai yang menunggu. Allahu hebatnya sambutan manusia.  Apalagi para malaikat yang menyambut dan mendoakan perjalanan semua Jemaah Haji. 

Belum tentu kita dapat haji mabru atau tak sebab hanya Allah taala yang tahu.  Kalau hamba Allah mengalukan betapa pula malaikat dan Allah swt yang menerima setiap detik kehambaan umat manusia.

naik bas ke KLIA

Pegawai Tabung Haji 
Check In 

Petugas tengah check in Jemaah
Taklimat Jemaah Haji
Gambar Ihsan Tabung Haji Official

Friday, July 14, 2017

PERJALANAN HAJI 2017 - KENDURI DOA SELAMAT DAH MULA

Kakak Hajjah dan Abang Haji dah ramai yang dapat flight detailnya. Di sana sini dah mula kenduri doa selamat untuk mengerjakan haji. Kabarnya  23hb Julai mulanya pernerbangan haji untuk 2017.

Di kejiranan Kak Hajjah pun ada sahabat yang dapat menunaikan haji pada tahun ni, kakak saya sendiri pun dah dapat menunaikan haji penerbangan beliau pada 25hb Julai jam 12.58 pagi.  Jangan terkeliru bila kena lapur diri selepas tengah malam terutamanya bila kat surat tu tercatit 12.58 am selepas tengah malam hari.  Minggu ni balik kampung buat kenduri doa selamat

Check betul-betul ya sebab orang nak pergi haji bila sampai stage akhir dia dah jadi gemuruh atau nerbes kata orang tu. Orang utara kat gelibang gelibu dah..pengalaman sendiri lah tu.  Masa ini peranan keluarga terdekat dan orang serumah tu penting jangan kasi lebih pressure kat dia orang. Nanti meleleh air matalah pulak. 

Balik bab kenduri doa selamat tu, ada yang buat kat rumah dan ada yang buat kat surau. Tak kesahlah kan kat manapun. Kita yang dijemput marilah pergi ramai-ramai untuk mendoakan bakal-bakal duyufur rahman kita nie. 

Kalau kat kampung tu ada 4 - 5 orang yang dapat penuh lah itinerary pak imam dan caterer nak membantu tuan rumah ni.
ihsan google
Kenduri Doa Selamat

ihsan google

Zaman sekarang kenduri buffet jer dah tak ada kakitangan nak tolong
orang muda kecuali anak tuan ruman tak suka gi kenduri

ala carte @ hidang

Zaman dulu-dulu masa akak muda-mudi merasa lagi hidang ni
Orang sekarang panggil ala-carte
Alhamdulillah saya masih ada mak, jadi mak saya yang handle pasal kenduri.  Walaupun umur dah 70 tahun lebih pasal kenduri-kendara memang beliau event manager yang hebat. Macam saya kata memang dah tak nak tahu benda-benda kecil, mindset tu dah fikir kat Kelana Jaya jer.

Kalau kat Malaysia ni tradisi orang Melayu masa kenduri ni banyaklah salam kaut, tapi kami bakal haji tak harap tu semua. Kami harapkan kehadiran sahabat dan sedara untuk mendoakan dan bermaaf-maafan kita nak sebelum pergi tu kita dah lepaskan segala-galanya yang terbuku dalam hati tu. 

Tapi kalau anda boleh membantu dengan seikhlas hati apa salahnya, saya pernah mendengar masa kursus-kursus haji ada jemaah yang beban kewangannya agak ketat. Mungkin sumbangan anda tu boleh membantu keluarganya yang tinggal di Malaysia. Maklumlah tukaran sekarang pun tinggi ringgit dah mengecil.

Lagipun mudah-mudahan pemberian kita yang ikhlas tu dapatlah kita berkongsi pahala. Nanti bila balik penuhlah tu goodie beg buah tangan untuk sahabat handai, Kak Hajjah dan Abang Haji jangan beratkan beg dengan buah tangan untuk orang yang tinggal, kami cuma harapkan kalian semua sihat dapat beribadah dengan baik. Kalau umur panjang kita berjumpa lagi.

Kalau ini pertemuan kita yang terakhir semoga kita bertemu di Jannah. Jika bukan kalian, mungkin kami yang tinggal ni pergi dahulu.


BORANG TEMPAHAN - SERIUS BUYER SAHAJA

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat
Pesanan Anda Telekung
Tudung
Jubah/Mini Jubah Haji
Stokin/Kasut Tawaf
Seluar
Lain-lain barangan keperluan haji dan umran
Saiz dan Kuantiti

Create a web form here

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA